//youaremyboyfriend
Navigation





Music Here

Le Credits


Template : Beboa n d.wawa
Header : Lady
Big thanks to : Lily lawrance

reading novel.
Saturday 10 November 2012 0 Comments

Asalamualaikum dan hai sayang ! ops terlepas pulak ! haha. pagi tadi lepas tengok cerita korea, ain terpandang satu novel nihh. novel ni ain da lama pinjam. cuma belum ada kesempatan nak baca. ingatkan nak baca lepas PMR last last dapat baca lepas habis sekolah. time cuti sekolah nih lha freedom time. rasa macam semua benda nak try. so ain try baca novel. sebelum nih ada lha baca novel. tapi time ain kat sarawak dulu. sebab perpustakaan dekat dengan rumah. pustakaan kat depan lorong je. so senang lha nak pinjam. sekarang nihh ain just pinjam meminjam daripada kawan. malas nak bergerak ke perpustakaan. malas nak buat kad ahli. just pinjam kawan. habis cerita. ain pinjam novel yang bertajuk "BILA HATI KATA SAYANG". rupa buku tuhh ada dekat atas nun sana. jalan cerita dia sangat sangat lha menarik. cerita ini mengisahkan percintaan antara tukang kemas bilik (Atiqa) dan senior manager (Syed Adriz). adriz nihh pelanggan VIP di salah sebuah hotel di Kuantan. Adriz ialah tunang kepada Atiqa. tetapi Atiqa tidak pernah sedar bahawa Adriz adalah tunangnya kerana Atiqa dipinang dengan jejaka yang dia langsung tidak tahu nama apatah lagi melihat rupanya. adik sedaranya berkata rupanya seperti Lee Min Ho. Adriz sengaja tidak mahu memberitahunya kerana mahu berkenalan sebelum Atiqa menyedari semua itu. setelah beberapa hari Atiqa berkenalan dengan Adriz, dia mendapat satu perasaan yang dia sendiri tidak tahu. mungkin perasaan cinta. tapi dia tahu dia tidak mungkin dapat bercinta dengan Adriz kerana dia sudah bertunang. pada hari pernikahan Atiqa, dia sungguh terkejut apabila melihat lelaki yang akan menyarungkan cincin dia jari manisnya adalah Adriz. tanpa disedari air matanya merembas. dia sungguh gembira dapat berkahwin dengan Adriz. tetapi dalam kebahagiaan yang telah mereka cipta, terdapat satu kisah yang membuat rasa sakit hati dan cemburu itu hadir dengan sendirinya. seorang perempuan bernama Zahra iaitu sepupu Adriz, sedaya upaya untuk merampas Adriz daripada Atiqa. dia bersepakat dengan nenek dan adik Adriz (Intan) untuk memberi atiqa racun supaya Atiqa tidak dapat memberi zuriat kepada adriz. segala rancangan jahat mereka gagal atas sifat keberanian Atiqa untuk melawan. pada akhir cerita ini, Atiqa dan Adriz dikurniakan cahaya mata kembar yang bernama Muiz dan Muaz. setelah itu mereka hidup bahagia dan terus menetap di Kuantan, tempat dimana berputiknya cinta Adriz dan Atiqa. ain cadangkan kauorang semua baca novel nihh. novel nih "manis" gila. lagi "manis" time Adriz peluk Atiqa dan cium pipinya. adegan ini sering berlaku. auchh ! betapa sweetnya pasangan ini. so jangan teragak agak nak baca novel nihh. walaupun rupa novel ini tak menarik perhatian kauorang, kauorang mesti baca jugak. bak pepatah mat salleh "don't judge book by its cover". pesanan last daripada ain ialah sesungguhnya cinta itu tidak mengenal rupa, umur dan darjat so jangan lha kauorang semua mencipta segala cinta kauorang hanya dengan ciri ciri ituhh.  bubye youalls !


NOTE :  i hope so adriz is my husband because he an responsible person , he always protect his wife and he also a loving husband. i feel like i'm falling love with adriz. and i hope so i know who is the real adriz.




Older Post . Newer Post